Menyenangkan atau menyusahkan?

Sunday 17 June 2012

Pada minggu lepas aku ke Pejabat pos yang berhampiran dengan rumah aku bagi mengeluaran wang ASB aku, tetapi apabila sampai sahaja giliran aku, aku diberitahu oleh pekerja di pejabat pos yang urusan pengeluaran wang ASB tidak dapat dijalankan kerana kehabisan wang.Aku pun bergegas ke pejabat pos yang lain kerana aku begitu memerlukan wang pada waktu itu,tetapi jawapannya tetap urusan tidak dapat dijalankan kerana kehabisan wang.Pergi ke pejabat pos yang ketiga pun keadaan yang sama tetap berlaku.Dari jauh aku datang semata-mata untuk mengeluaran wang tetapi balik dengan hampa.Wajarkah sebagai ejen ASNB, tidak dapat setiap memenuhi urusan pelanggan mereka?Sekiranya mereka rasa tidak berkemampuan memenuhi setiap urusan pelanggan, lebih baik jangan menjadi ejen kerana ianya akan menyusahkan orang ramai yang berurusan dengan mereka.

0 comments: