Apabila perasaan marah menguasai diri

Thursday 5 May 2011

Terasa lucu pulak apabila aku melihat dua orang makhluk Allah bergaduh disebabkan oleh perkara yang kecil tetapi itu la hakikatnya apabila perasaan marah menguasai diri. Berpunca daripada perkara kecil, kedua-dua makhluk Allah itu bergaduh seolah-olah itu sahaja jalan penyelesaian yang ada apabila perasan marah telah menguasai diri masing-masing. Perasaan marah banyak mendatangkan keburukan dan kemudaratan dalam kehidupan kita seharian bukan sahaja kepada orang lain, tetapi kepada diri mereka yang sedang marah. Lebih buruk lagi, disebabkan perasaan marah yang tidak dapat dikawal , manusia sanggup membunuh diantara satu sama lain. Aku sendiri pun pernah dikuasai oleh perasaan marah dan hampir-hampir memakan diri aku sendiri. Tipu la kalau korang semua kata korang tidak pernah marah, tiada manusia didalam dunia ini tidak pernah marah. Ustaz aku pernah berkata," bila perasaan marah menguasai diri, darah akan menjadi panas dan Syaitan dengan mudahnya meresap ke dalam badan. Apabila Syaitan sudah mengawal pemikiran, satu-satunya jalan yang dia ingin bawa ialah ke arah kemusnahan. Oleh itu perbanyakkan istighfar dan berwuduk. Insya-Allah, perasaan marah itu akan hilang apabila kita berwuduk dan beristighfar. "

0 comments: